Sunday, September 12, 2010

sekadar renungan..=)

# Janganlah menjadi kepala, kerana kepala itu sering pening. Janganlah mencari kemasyhuran, kerana kemasyhuran itu ada uftinya. Sementara kecukupan tanpa kemasyhuran itu adalah kebahagiaan.


# Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguh taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia.


# Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan ALLAH dan mencela orang-orang soleh
# Orang yang tidak bahagia di rumahnya, tidak akan bahagia di tempat lain. Orang yang tidak dicintai oleh keluarganya nescaya tidak akan dicintai siapapun. Orang yang menyia-nyiakan hari ini, akan menyia-nyiakan hari esok.


# Empat hal yang mendatangkan kebahagiaan, iaitu buku yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri yang dicintai, dan kawan yang soleh. Dan ALLAH lah yang menggantikan seluruhnya.


# Jika seseorang mencelamu, maka pada hakikatnya, dia telah mencaci maki ALLAH S.W.T!! . Pada saat itu orang tersebut juga menderhakai ALLAH S.W.T. Padahal, DIA telah menciptakannya dari tiada, tidak bersyukur padahal ALLAH s.w.t telah menghilangkan lapar dan memberinya makan, juga menentang kekuasaanNYA padahal DIA telah memberinya rasa aman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails