Thursday, December 30, 2010

HADIS 40 (HADIS KE-6)

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya
melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,
demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan
terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru
kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang
lain.

Baca Lagi....

Sunday, December 26, 2010

MUHAMMAD KEKASIH ALLAH...

MuHaMmAd KeKaSiH AlLah…

Tanggal keramat 12 Rabiulawal,
Telah lahir seorang bayi lelaki,
Yang membawa sinaran menerangi alam..

Lahirmu telah memadamkan api sembahan orang-orang majusi,
Seluruh alam bergembira dengan kelahiranmu,
Burung-burung berkicauan girang,
Pohon-pohon hijau melambai-lambai,
Seolah-olah memanggilmu, Ya Rasulullah….
Mereka menyambut kelahiranmu dengan penuh kegembiraan…
Matahari gembira mempamerkan dirinya,
seolah-olah ingin menjengukmu Ya Nabi Allah….


Perjuanganmu untuk menegakkan agama Islam,
Ditentang hebatnya oleh kaum Quraisy,
Menggelegak bara-bara api kemarahan mereka,
Dilemparkan batu hingga luka & berdarah wajah serta tubuh badanmu,
Namun ketabahanmu mengajarkan kami erti kesabaran…..

Ketika kau bersembunyi di Gua Thur bersama Abu Bakar,
Sang lelabah & sang Merpati,
Patuh menurut perintah tuhan Rabbul Izzati…
Membuat sarang & bertelur,
Bagi mengaburi mata orang-orang Quraisy,
Yang ingin membunuhmu wahai kekasih Allah….

Saat wafatmu amat menyakitkan,
Walaupun engkau insan pilihan,
Menjadi Rasul kami & kekasih tuhan,
Namun,
Saat Izrail mencabut nyawamu,
Lidahmu basah menyebut UMMATI… UMMATI….
UMMATI….
Kerana kasihmu pada kami,
Tak berbelah bagi…

Walaupun kau seorang nabi yang sedia maksum,
Suci tanpa dosa & noda,
Tetapi,
Ketika dicabut rohmu dengan cara yang paling perlahan,
Engkau tetap mengadu kesakitan….
Sakit… sakit… sakit, wahai Izrail….
Apatah lagi kami,…
Umatmu yang seringkali hanyut dibuai arus kehidupan…

Cintamu pada kami,
Menggunung tinggi,
Tetapi umatmu kini,
melupakanmu,
seolah-olah kau tak pernah wujud di dunia ini,
kerana mereka tenggelam di dasar lautan kejahilan…

nyanyian sentiasa dibibir,
namun,
selawat ke atasmu selalu dipinggir…


wahai umat Muhammad…
bagaiamana nanti engkau di akhirat?
Adakah engkau akan diberikan syafaat?
Tidak…..
Jika eangkau enggan berselawat ke atas baginda…

Renungkanlah sahabat-sahabatku,
Cintailah Rasulmu..
Berselawatlah ke atasnya,
Agar kau sentiasa di bawah lembayung rahmat tuhan yang satu,
Moga kau & aku,
Bertemu Rasulullah,
Di SYURGA YANG HAKIKI….

Hasil nukilan,
MaWaR BeRdUrI
(izzati_kj@yahoo.com)

Baca Lagi....
Related Posts with Thumbnails