Tuesday, October 5, 2010

Lima belas maksiat yang mengundang bala..=(

Lima belas maksiat yang mengundang bala
Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apa bila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimulikan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk yang lain."
H.R. Tarmizi
Keterangan
(dari buku)
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasullulah s.a.w. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

(dari saya)
Baru-baru ini kegiatan vandalisma oleh parti politik tertentu yang berkepentingan tertentu telah menconteng di tempat-tempat awam dengan kata-kata "Ulama Penipu", "Imam Shafie Penipu" dan macam-macam lagi. Mungkin negara kita telah melengkapkan kesemua syarat-syarat di atas. Tidak ada siapa yang akan terlepas jika bala diturunkan Allah s.w.t., walaupun kepada orang-orang beriman.
AWAS !!!
Mari kita hentikan perbuatan jahat mereka sebelum terlambat.

Dipetik dari buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al Banjari An Nadwi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails