Saturday, September 18, 2010

Wanita Solehah..=)

“Wanita Solehah Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....”

“Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn neraka?"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails