Thursday, September 23, 2010

cerpen : MENGAPA DIA PERGI DULU SEBELUM AKU???

MENGAPA DIA PERGI DULU SEBELUM AKU???


Pada suatu pagi yang indah, tanggal 25 March 2007, suasana menjadi begitu riuh rendah, di Sek. Men. Agama An-Nur. Pada hari tersebut, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah diumumkan. Para pelajar di situ masing-masing dengan perasaan, riak wajah, serta emosi yang berbeza. Ada yang ketawa riang, ada yang masam mencuka, ada yang senyum sumbing sahaja.

Safuan dan Solehah merupakan teman rapat semasa berada di tingkatan 5 amanah dulu. Dalam diam, safuan sebenarnya menaruh hati pada solehah sejak dari tingkatan 2 lagi. Tiba-tiba terdengar suara Safuan memanggil Solehah. “Solehah…Solehah…” Safuan melaung sambil berlari-lari anak menuju ke arah Solehah pada ketika itu.
Solehah memalingkan mukanya ke arah Safuan. Safuan yang masih termengah-mengah berkata “ Leha… kau dapat berapa? ”.
Leha menjawab “ Alhamdulillah….”
Safuan yang masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Solehah masih terus menyoal “ Alhamdulillah tu, berapa??? ”
“ 13 A jer, kau?”. Soal Solehah kepada Safuan pula.
Safuan menjawab “ Aku dapat teruk kau tahu? ”
“ Takkan la teruk sangat?? teruk tu, berapa?? Solehah masih belum puas hati dengan jawapan yang Safuan berikan padanya.
“ Sama dengan kau sebenarnya..he..he..he..”
“ Ish, kau ni… Kau nak sambung belajar di mana?” Soal Solehah padanya.
“ Aku sambung belajar di sini saja.. UIA kot… Kau? ”
“ Aku sambung di Al-Azhar..”
“ Oooo… tak apalah, aku kena balik ni.. Tak sabar-sabar aku nak beritahu ibu aku ni.. Assalamualaikum....”




Safuan mengundurkan diri terlebih dahulu kerana dia merasa sebak setelah mendengar keputusan Solehah yang ingin pergi jauh darinya. Safuan yang dalam diam menaruh hati pada Solehah kerana gadis itu telah membuatkannya merasa sentiasa tenang, gembira, ceria dan bahagia apabila berada di sampingnya. Solehah juga mempunyai kesemua cirri-ciri wanita idaman yang dinginkan oleh Safuan.

Setelah dua bulan berlalu, Solehah telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebulan selepas itu, Solehah berangkat ke sana. Safuan pula, melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa,UIA.

Setelah tiga tahun berlalu, saat kepulangan Solehah amat dinantikan oleh Safuan setelah tiga tahun tidak menatap wajah gadis pujaannya itu. Safuan memandu kereta Proton Waja kepunyaannya menuju ke rumah Solehah. Sesampainya di perkarangan rumah Solehah, Safuan terus memakirkan keretanya di halaman rumah Solehah.

Dengan wajah yang penuh dengan ketenangan dan kegembiraan, Safuan melangkah ke arah pintu rumah Solehah.
“ Assalamualaikum…Assalamualaikum..” Safuan memberikan salam di muka pintu rumah Solehah.
“ Waalaikumussalam.. masuklah.. ” jawab seorang wanita berumur lingkungan 50-an sambil membuka pintu, dan menjemput Safuan untuk masuk ke dalam rumahnya.

“ Solehah ada, mak cik ? ”. Soal Safuan kepada ibu Solehah yang dari tadi hanya memandang lesu ke arah suatu sudut.
“ Solehah tak ada, nak…” jawab ibu Solehah sambil menahan sebak..
“ Dia tak ada? Kenapa mak cik menangis? Kalau dia tak ada, dia pergi mana, mak cik? ”
Ibu Solehah bangun dari sofa, dan menuju kearah sebuah kamar yang tak berkunci. Tetapi, kamar yang dibuka itu seumpama ianya telah tiada berpenghuni. Safuan hanya memerhatikan langkah Ibu Solehah yang lesu dengan sabarnya.

“ Nak.. Baca ni..” Jelas Ibu Solehah sambil menghulurkan sekeping warkah yang masih kemas di dalam sampulnya.
Dengan wajah hairan dan penuh tanda tanya, Safuan membuka sampul tersebut. Warkah itu berbunyi ;



Assalamualaikum, Safuan yang aku sentiasa rindui…

Apa khabar? Sihat? Sebelum aku meneruskan bicara, aku hendak memohon seribu kemaafan dari kau dahulu. Maafkan aku, Safuan.
Safuan, aku sebenarnya sudah tiada lagi di alam nyata ini, saat kau membaca surat aku ini. Saat ini, aku telah berada di alam barzakh, Safuan.

Safuan… maafkan aku kerana menyembunyikan penyakit aku ini daripada kau. Aku sebenarnya menghidap penyakit barah hati setelah aku berangkat ke Mesir. Aku hanya mampu hidup hanya selama 2 tahun 5bulan sahaja. Maafkan aku kerana merahsiakan hal ini daripada kau.

Safuan.. aku tahu, kau sebenanya sudah lama menaruh hati pada aku. Safuan.. aku juga sepertimu..aku juga menaruh hati pada kau. Maafkan aku.. aku tidak meluahkannya pada kau kerana aku takut cinta aku akan ditolak…

Safuan.. maafkan aku.. kau jaga la diri kau ye?? Doakan aku di sini.. tolong jaga keluarga aku, ye?? Aku amanahkan diaorang pada kau.
Safuan.. maafkan aku.. aku cinta padamu, Safuan…..

Salam Terakhir,
Solehah







Safuan membaca warkah terakhir yang dicoretkan oleh Solehah kepadanya dengan linangan air mata. Terdetik di dalam hatinya “ Solehah, mengapa kau pergi dulu, sebelum aku?” Safuan menekapkan warkah itu ke dadanya, lalu melaungkan nama Solehah. “ Solehah………………………..” sambil menahan sebak yang tak tertanggung oleh dirinya lagi..


Tamat.…=)



*nukilan : izza-mawarberduri............=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails