Thursday, September 30, 2010

BERPACARAN DAN CINTA ...=)

BERPACARAN DAN CINTA
Soal berpacaran nampaknya menjadi gejala umum di kalangan anak-anak muda. Mungkin fenomena ini berpunca daripada pengaruh kisah-kisah percintaan dalam novel, cepen filem dan senikata-senikata dlaam lagu. Sehingga mempengaruhi para remaja bahawa seoalah-olah alam remaja itu harus ditaburi dengan bunga-bunga percintaan, kisah asmara, harus ada pasangan tetap sebagai tempat untuk bertukar cerita dan berkongsi maklumat.
Sejauh ini belum ada lagi suatu pengertian yang tepat apakah itu berpacaran. Apa yang jelas, berpacaran ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang belum bernikah.

Jika ditinjau dengan lebih mendalam lagi, sebenarnya berpacaran ini adalah sebahagian daripada gaya hidup orang barat. Masyarakat barat telah mewujudkan suatu cara hubungan dua orang insan yang hidup berdua-duaan seperti cinta monyet, “dating”, “going steady” dan hubungan intim.

Walaupun kebanyakan orang yang berpacaran ini membuat kenyataan bahawa menolak hubungan seksual, namun, namun mreka tidak bisa menolak untuk mengungkap kata kasih sayang dan cinta yang dijadikan sebagai alat hubungan mereka. Pada dasarnya, orang yang sedang berpacaran ini, susah untuk mengimbangi fikiran mereka dengan rasional. Contohnya, seorang pelajar atau siswa sepatutnya mengisi masa mereka untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Namun, jika mereka sedang asyik bercinta mereka akan sibuk melamun dan berfantasi.

Amanah untuk belajar menjadi bekurangan malahan boleh terus terbengkalai. Sebagai pelajar atau siswa, sudah tentu pelajaran mereka diongkosi oleh orang tua. Duit yang diberikan adalah untuk menampung keperluan membeli buku dan belanja seharian. Namun, jika ini digunakan untuk keluar berpacaran, apakah ini dikatakan telah mejalankan amanah?

Atas dasar inilah ulama memandang bahawa berpacaran cara begini adalah menzalimi amanah orang tua. Secara sosio kultural di kalangan masyarakat yang berpegang kepada agama Islam, pacaran mengundang fitnah, bahkan digolongkan sesuatu yang amat negatif. Mahu tidak mahu, orang yang berpacaran sedikit demi sedikit akan terkikis peresapan keIslamannya dalam hatinya, bahkan bisa mengakibatkan kehancuran moral dan akhlak. Wal’iyudzubillahi minzalik!

Sudah banyak gambaran kehancuran moral akibat berpacaran, atau pergaulan bebas yang telah terjadi akibat "kehebatan" sains dan peradaban moden (westernization). Islam sendiri sebagai penyempurnaan agama tidak kalah canggihnya memberi penjelasan mengenai permasalahan berpacaran. Pacaran menurut Islam diidentitikan sebagai apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Apabila seorang di antara kamu meminang seorang wanita, andaikata dia dapat melihat wanita yang akan dipinangnya, maka lihatlah." (HR Ahmad dan Abu Daud).

Islam telah sejelas-jelasnya menyatakan bahawa berpacaran bukan jalan yang diridhai Allah, kerana banyak segi mudharatnya. Setiap orang yang berpacaran cenderung untuk bertemu, duduk berdua-duaan memadu kasih, membisikkan kata-kata cinta, Ini tidak akan berhenti di sini. Mereka mungkin akan lebih tega dan berani melakukan yang lebih jauh lagi. Mungkin bersentuhan, bepegang tangan, berpelukan dan seterusnya mungkin akan terjerumus kepada kancah zinah. Ini jelas pelanggaran syariat!

Islam telah jelas melarang melihat apalagi bergaul melainkan isteri sahaja.
“Janganlah salah seorang di antara kamu bersepi-sepian (berkhalwat) dengan seorang wanita, kecuali dengan muhrimnya” - HR Bukhari dan Muslim dari ibnu Abbas.


"Lirikan mata merupakan anak panah yang beracun dari syaitan, barang siapa meninggalkan karena takut kepada-Ku(Allah), maka Aku akan menggantikannya dengan iman sempurna hingga ia dapat merasakan arti kemanisannya dalam hati." - HR Tabrani dan Al-Hakim dari Hudzaifah.

Namun, ada di antara mereka mungkin akan cuba berdalih dengan mengemukakan perbahasan berdasar hadith Rasululllah s.a.w :

Barang siapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, atau memberi kerana Allah, dan tidak mahu memberi kerana Allah, maka sesungguhnya orang itu telah menyempurnakan imannya. - HR Imam Daud.

Baiklah, katakanlah orang ini mempunyai keimanan yang amat kukuh sekali yang mungkin tidak akan terjerumus kepada maksiat walaupun kancah maksiat semasa berpacaran. Mari kita Tanya mereka yang seolah-olah yakin ini. Sehebat manalah iman mereka dapat mengendalikan kemudi “perahu berpacaran” ini? Dan jika kita kembalikan lagi kepada hadith yang telah mereka kemukakan itu, bahwa barang siapa yang mencintai karena Allah adalah salah satu aspek penyempurna keimanan seseorang, lalu benarkah mereka itu mencintai satu sama lainnya benar-benar karena Allah? Atau nafsu? Dan bagaimana mereka merealisasikan "mencintai karena Allah" tersebut? Kalau (misalnya) ada acara bonceng-boncengan (naik motorsikal bersama), dua-duaan, atau bahkan sampai buka aurat (dalam arti semestinya selain wajah dan dua tapak tangan) bagi si perempuan, atau yang lain-lainnya, apakah itu bisa dikategorikan sebagai "mencintai karena Allah ?" Jawabnya jelas tidak !


Dalam kaitan ini peranan orang tua sangat penting dalam mengawasi pergaulan anak-anaknya terutama yang lebih menjurus kepada pergaulan dengan lain jenis. Adalah suatu kelalaian yang amat sangat jika orang tua membiarkan anak-anaknya bergaul bebas dengan bukan mahramnya. Oleh karena itu sikap yang bijak bagi orang tua kalau melihat anaknya sudah saatnya untuk menikah, adalah segera saja laksanakan.


- PERINGATAN & MAKLUMAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails